Piagam Pelanggan
 
  1. Melayan aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi tiga ( 3 ) hari
  2. Kelulusan lesen akan diproses dalam masa dua ( 2 ) minggu sebaik sahaja diluluskan oleh jawatankuasa yang berkaitan.
  3. Permohonan pertukaran hak milik harta akan diproses dalam masa satu ( 1 ) minggu dengan syarat ianya dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan disahkan oleh Ketua Masyarakat / Kaum.
  4. Premis makanan / minuman yang dilesenkan akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun
  5. Pelan bangunan diluluskan dalam tempoh empat puluh lima ( 45 ) hari bekerja dengan disertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan mendapat kelulusan dari agensi-agensi yang berkaitan
  6. Pembayaran pesanan barang / kerja akan dibayar dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari berkerja sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima.
  7. Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa satu ( 1 ) minggu dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada
  8. Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku akan dilakukan dalam tempoh tiga ( 3 ) minit kecuali waktu sesak.
** Piagam Pelanggan 5 tidak termasuk dalam skop pelaksanaan Sistem Kualiti.