Kemaskini Pada: 16 Okt 2018
Versi 8.1.2
 
Rumah Api Malaysia Tanjong DatuRumah Api Malaysia Tanjong Datu


     Selain menikmati keindahan semulajadi flora dan fauna yang ada di Daerah Lundu ini, satu lagi tarikan yang ada adalah Rumah Api Malaysia Tanjong Datu yang telah dibina  di penghujung sempadan Malaysia dan Indonesia. Rumah api yang bertemakan "Where Borneo Begins” ini terletak di kawasan yang unik dan strategik dalam kepulauan Borneo di mana ia melambangkan pemulaan bagi Pulau Borneo.

Gambar Rumah Api Malaysia Tanjong Datu sebelum diberi wajah baharu 

     Rumah api ini telah diberi wajah baharu dan bersempena pelancaran wajah baharu tersebut, satu pemeteraian telah dibuat dimana rumah api ini telah ditauliahkan dengan nombor poskod khas iaitu 94111 bersempena Hari Pos Sedunia pada 10 Oktober 2017 di Program Kedaulatan Rumah Api Tanjong Datu. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa tersebut iaitu Datuk Jailani Johari.

Menurut beliau, “Program Kedaulatan Rumah Api Tanjong Datu adalah projek serampang dua mata selain menjadi ikon pelancongan.”

"Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan kedaulatan Sarawak dan Malaysia di kawasan strategik di mana bermulanya Borneo," katanya lagi dalam majlis yang sama.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman dan Anggota Dewan Undangan Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.


Rumah api konkrit ini mempunyai ketinggian 8 meter dan berada pada latitude 02°04'45".893 dan Longitud  109°38'31" .484.


Untuk melawat ke sini anda perlu mengguna laluan tepi pantai dengan bot yang akan melalui Taman Negara Tanjung Datu dari Kampung Telok Melano atau Sematan.


[Klik untuk lokasi "Where the Borneo Begins"]