Kemaskini Pada: 15 Ogos 2018
Versi 8.1.0
 
Ladang Terumbu Karang MarikulturLadang Terumbu Karang Marikultur


Sarawak adalah mempunyai kawaan laut yang terbesar di Malaysia dengan kedalaman air lautnya sehingga 200 meter dan menurun sehingga kedalaman 1,000 meter. Ia juga merupakan laluan pantai yang terpanjang dalam anggaran 1,753 km.

Adalah lebih dari separuh kepelbagaian spesies karang keras yang terdapat di Asia Tenggara adalah dari persekitaran laut china selatan. Buat masa ini kepelbagaian spesies karang keras yang bertebaran di laut china selatan adalah antara 12 hingga 551 jenis, yang memberi gambaran pengaruh persekitaran dan akiviti kemanusiaan. Kebanyakan rangka karang di negeri sarawak terdapat ditengah laut dan bukannya berdekatan dengan pulau atau tanah busut.





Rangka karang telah wujud dan membiak bertaburan dari Tanjung Dato, Kuching dibahagian selatan dan menuju jauh ke utara sehingga ke beting Luconia. Rangka karang yang terdekat (20-40 minit dengan bot laju) terdapat di Tanjung Dato, Pulau Talang Talang, Pulau Satang, Bintulu-Similajua, Miri-Sibuti dan Bukit Sari, Lawas.

Komponen pembangunan projek ternakan terumbu karang ini melibatkan benih karang tempatan dan benih karang luar negara. Benih karang tempatan ini boleh didapati di luar pesisir Tanjung Dato, Pulau Talang-talang, Pulau Satang dan Bintulu. Manakala benih dari luar negara adlah di import daripada Indonesia, Filipina dan kepulauan Solomon.



Benih karang yang dipilih ini akan diternak di atas “Coral Culture Table” yang diletakkan didasar laut.

Lundu mempunyai kawasan ladang ternakan terumbu karang yang terbesar di Malaysia dengan keluasan ladangnya di luar perairan Lundu adalah seluas 1,450 acre yang diurus oleh sebuah syarikat berdaftar iaitu Tropical Life Ocean Sdn Bhd yang beroperasi di Pantai Pandan.

Tropical Life Ocean Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 23 September 2015 dan operasinya terletak di Daerah Lundu Sarawak. Mereka telah mendapat lesen Ladang menternak karang, lesen memunggut dan lesen menjual dari Pihak Jabatan Hutan Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998 Sarawak.

Mereka juga telah mendapat kebenaran daripada Techsar Global untuk menjalankan penanaman karang di kawasan ladang mereka di Telok Serabang, Telok Melano, Sematan Lundu berhampiran Pulau Gador dengan keluasan 566 ekar dengan kedalaman air laut jernih antara 5 meter hingga 12 meter kedalaman.