Kemaskini Pada: 22 Jul 2018
Versi 8.0.4b
 
LA21LA21

PENGENALAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasanpentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summitdi Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992.

Agenda21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21.Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaantermasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubungdengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBTmelaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "LocalAgenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkattempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

 

PRINSIP-PRINSIP LA21

Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif kearah pembangunan mampan iaitu:-

1. Penyertaan Dan Ketelusan

Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatandan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentangprogram LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepadamasyarakat tempatan.

2. Usahasama

Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihakberkepentingan di semua peringkat program LA21.

3. Kebertanggungjawaban

Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusandan tindakan yang diambil.

4. Pendekatan Menyeluruh

Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan carayang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

5. Peka Kepada Keupayaan

Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam danselaras dengan keupayaan alam sekitar.

6. Kesaksamaan

Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakankaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakilidalam program LA21.

7. Mementingkan Masa Hadapan

Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masahadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.

8. Hasil Yang Nyata

Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapatdipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

 

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri sepertimana dibawah iaitu:-

i.Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama

ii.Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan(consensus)

iii.Melibatkan masyarakat tempatan

iv.Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yangberkepentingan untuk menguruskan proses ini

v.Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu

vi.Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek

vii.Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan

viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelantindakan yang telah dirumuskan

 

FAEDAH-FAEDAH PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya menjanjikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal diterima adalah:-

1. Sebagai Individu

Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat yang diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah merupakan pihak yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat setempat. Dengan cara demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih selesa, kualiti hidup yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa bangga, cinta dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

2. Persatuan Atau Syarikat

Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atausyarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selainber khidmat untuk masyarakat.

3. Wakil Kerajaan

Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkanpersefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapatmeningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akanmembawa manfaat kepada semua. Dengan penglibatan seseorang wakilkerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yangmempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanyapenyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.

4. Pihak Berkuasa Tempatan

Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepadakeperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan PBT dapat diselaraskan.

 

KESIMPULAN

Local Agenda 21 merupakan suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.Tidak hairanlah sekiranya Local Agenda 21 ini dikenali sebagai ‘Pelan tindakan tempatan yang menjurus ke arah pembangunan mampan di abad 21.’