Kemaskini Pada: 22 Jul 2018
Versi 8.0.4b
 
MS ISO 9001:2015MS ISO 9001:2015

Majlis Daerah Lundu bersama 19 Majlis Daerah di Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah berjaya dipersijilkan dengan pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 15 Disember 2015, dan merupakan agensi pertama di Malaysia dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2015. Skop pensijilan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan sisa pepejal
  2. Perkhidmatan perpustakaan
  3. Perlesenan
  4. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Kerajaan Tempatan
  5. Ukurperiksan dan penilaian pegangan
  6. Pengurusan pejabat
  7. Pematauan projek pembangunan
  8. Penyelenggaraan infrastuktur dan kemudahan awam
  9. Kawalan bangunan
  10. Pengurusan Sumber Manusia
  11. Inspektorat
  12. Pengurusan pembangunan projek di PBT

Majlis Daerah Lundu bersama 19 Majlis Daerah di Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah menambahbaik secara berterusan dan mempertingkatkan proses kerja dan prosedur sejak pertama kali dipersijilkan dengan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2008 bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada pembayar cukai dan ini selari dengan inisiatif transformasi kerajaan Negeri untuk mencapai Penjawat Awam bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Di bawah naungan mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti iaitu Datu Dr Penguang Manggil, Petugas Khas ISO dan pasukan teknikal ISO kami telah bertungkus lumus memastikan pemilik proses di peringkat 20 PBT dan kementerian  berterusan mempertingkatkan dan menambahbaik peroses kerja mereka untuk memenuhi kelayakan standard MS ISO 2015 yang baharu sehinggalah kami memperolehi sijil tersebut pada Disember 2015.

Selepas sesi pengauditan dan pensijilan daripada pihak SIRIM pada penghujung tahun 2015, pasukan teknikal ini telah menjalankan kajian semula OFI/teguran penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak SIRIM dan setelah satu sesi bengkel bersama pemilik proses yang relevan, dokumentasi MS ISO 9001:2015 (versi 8) telah berjaya dikeluarkan dan ditambahbaik.

Keluaran 8 ini adalah dokumentasi yang komprehensif yang mana ia adalah gabungan daripada keluaran 6 dan 7 dimana faktor risiko dikenalpasti di dalam proses dan prosedur di peringkat PBT dan kementerian dan telah dimasukkan ke dalam  dokumentasi tersebut. Pemilik proses yang relevan tersebut telah mengambil tindakan yang sepatutnya bagi meminimakan risiko yang telah dikenalpasti dan melalui dokumentasi tersebut , ia akan memudahkan tindakan pelaksanaan dan pematuhan.

Dokumen MS ISO 9001:2015 (keluaran 8) ini telah dilancarkan dan di maklumkan kepada semua Setiausaha bagi 20 PBT dan pemilik proses di Kementerian pada 28/7/2016 di Hotel Mega oleh En Bakri Zaini, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak yang baharu. Beliau dalam ucapan perasmiannya mengingatkan semua pemilik proses untuk memastikan semua prosedur yang telah di dokumentasi dilaksana dan dipatuhi oleh semua pada setiap masa bagi mengelak berlakunya (NCR) “Non Compliance Report” semasa sesi Audit Kualiti Dalaman atau Audit Awam dan untuk memastikan pensijilan MS ISO 9001:2015 kementerian dan 20 PBT ini berkekalan dan berterusan. Sesi Audit daripada pihak SIRIM akan dijalankan pada penghujung bulan Oktober atau awal November 2016.