Kemaskini Pada: 22 Jul 2018
Versi 8.0.4b
 
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

 

Saya selaku setiausaha bagi Majlis Daerah Lundu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pihak Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dalam membangunkan project ICT dan Laman Web Majlis, disamping memberi ruang Internet kepada Majlis ini untuk mengetengahkan program-program yang sedang rancak dilaksanakan seiring dengan pembangunan di Lundu. 

Melalui Laman Web, ianya dapat menyalurkan secara terperinci pembangunan Daerah Lundu serta Sematan dan beberapa aktiviti dapat disampaikan ke pengetahuan umum secara tepat dan cepat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, disamping mengutarakan pandangan awam mengenai sesuatu aktikel/perkara yang berhubung kait dengan pengurusan pihak Majlis.

Akhir kata Selamat mengunjungi ke laman Web Majlis Daerah Lundu dan semoga dengan adanya laman web ini akan dapat sama-sama kita melahirkan pendapat dan pandangan yang membina untuk memajukan Daerah Lundu pada amnya dan Negara khususnya.

Sekian terima kasih.

En. Gustian Bin Haji Durani
Setiausaha
Majlis Daerah Lundu.