Kemaskini Pada: 21 Apr 2018
Versi 8.0.4b
 
Pesta LunduPesta Lundu

Festival ini bermula sejak tahun 2016 dan merupakan ilham mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem,. Penyertaan dan pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun menjadikan acara tahunan tersebut menjadi sebutan oleh rakyat Sarawak.

Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi merancakkan penganjuran festival ini pada setiap tahun dan kemuncak acara adalah Regata Sungai Batang Kayan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Haji Anu berkata, pesta berkenaan bukan sahaja sebagai medium untuk mengamit orang luar untuk berkunjung atau pelancong-pelancong luar datang ke daerah ini malah ia juga memberi peluang kepada masyarakat tempatan di daerah ini supaya dapat belajar untuk meningkatkan ekonomi mereka dengan mempromosikan dan menjual produk-produk yang mereka hasilkan.

 “Lundu juga sudah menjadi satu kebanggaan bagi masyarakat di sini khususnya dan rakyat Sarawak amnya kerana daerah ini salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan orang luar dari daerah ini mahupun pelancong asing kerana di sini terdapat pelbagai tempat yang menarik.

Katanya, dengan adanya festival sebegini juga ia dapat meningkatkan lagi perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum daerah berkenaam selain ia juga boleh dijadikan sebagai medium berkonsepkan eko-pelancongan.


Pautan 1- Borneo Post tentang liputan acara

Pautan 2 - Sarawak Voice Daily berkaitan liputan acara