Saya selaku setiausaha bagi Majlis Daerah Lundu ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pihak
Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Alam Sekitar dan
Kesihantan Awam dalam membangunkan project ICT dan Laman
Web Majlis, disamping memberi ruang Internet kepada
Majlis ini untuk mengetengahkan program-program yang
sedang rancak dilaksanakan seiring dengan pembangunan
di Lundu.
Melalui Laman Web, ianya dapat
menyalurkan secara terperinci pembangunan Daerah Lundu
dan beberapa aktiviti dapat disampaikan ke pengetahuan
umum secara tepat dan cepat sejajar dengan perkembangan
teknologi maklumat, disamping mengutarakan pandangan
awam mengenai sesuatu aktikel/perkara yang berhubung
kait dengan pengurusan pihak Majlis.