 |
Saya
berasa amat gembira kerana diberi kesempatan ini untuk menyampaikan
kata-kata aluan di laman web Majlis Daerah Lundu ini. Memang
tepat pada waktunya laman web ini dibina. Melalui laman
web ini, Majlis Daerah Lundu akan dapat mengetengahkan aktiviti-aktiviti
Majlis kepada warga Sarawak, warga Malaysia malah kepada
seluruh warga dunia.
Dengan mempamirkan ciri-ciri yang unik dan pelbagai kebudayaan
Masyarakat Lundu di Laman web ini nanti akan dapat menarik
lebih ramai pelancong datang ke Lundu untuk melihat lebih
dekat lagi cara hidup dan pelbagai kebudayaan Masyarakat
berbilang kaum di Lundu.
Di era globalisasi, teknologi maklumat
(IT), dunia tanpa sempadan dan K-Ekonomi ini kita perlu
berinteraksi di antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan
maklumat terkini. |