Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 13 Dis 2017
Versi 8.0.2c
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (KEWANGAN)BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (KEWANGAN)

FUNGSI SEKSYEN KEWANGAN

     Pengurusan Hasil

  • Menerima kutipan hasil Majlis menerusi kaunter pembayaran
  • Memperakaunan hasil-hasil yang diterima pada setiap hari
  • Memastikan hasil-hasil kutipan dimasukkan ke bank setiap hari

           Pengurusan Perbelanjaan

  • Memproses pesanan Majlis ( Local Purchase Order / Service Order ) yang telah disediakan oleh setiap bahagian/unit dan diluluskan oleh Setiausaha
  • Memastikan perbelanjaan adalah dalam lingkungan had belanjawan yang telah ditetapkan
  • Memproses baucar-baucar pembayaran mengikut invois / bil yang diterima
  • Mencetak cek untuk diedarkan kepada pembekal
  • Mengurus penggantian cek sekiranya terdapat cek batal

 

Perakaunan

  • Memperakaunkan hasil dan perbelanjaan Majlis
  • Membuat sebarang pembetulan akaun ( sekiranya ada )
  • Menjana laporan bulanan untuk diserahkan kepada Audit dan setiap bahagian/unit bagi tujuan pengemaskini akaun
  • Membuat penyata penyesuaian akaun
  • Menyediakan permohonan pindahan ( virement ) dan penambahan ( supplementary provision ) peruntukan dalam anggaran perbelanjaan tahunan.

 

Penggajian dan Pinjaman

  • Menguruskan pembayaran gaji bagi pekerja bergaji bulan dan gaji menerusi pesanan kerja ( service order )
  • Mengurus pembayaran tuntutan perjalanan kakitangan
  • Memproses permohonan pinjaman / pendahuluan khas kakitangan
  • Membuat penyelarasan gaji/ bayaran bonus ( sekiranya ada )

 

Pengurusan Aset dan Inventori

  • Mengurus penerimaan pendaftaran aset dan inventori
  • Mengurus laporan pemeriksaan
  • Mengurus penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset dan inventori
  • Mengurus pelupusan kehilangan dan hapuskira aset dan inventori