Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 13 Dis 2017
Versi 8.0.2c
RASIONAL LOGORASIONAL LOGO

Menurut bekas Setiausaha Majlis iaitu, Kr. Jonathan Saban, Logo Majlis pada asalnya ialah sepasang burung merpati yang duduk di atas dahan dengan seekor menoleh ke kiri dan seekor lagi menoleh ke sebelah kanan. Dua ekor Burung Merpati dipilih untuk melambangkna kesejahteraan dan perpaduan ( Peace and Unity )

 

Majlis Daerah Lundu dalam Mesyuarat Majlis Penuh telah bersetuju dan bercadang untuk menukar Logo Majlis yang ada sekarang kepada Bunga Rafflesia, Iaitu sebagai salah satu daripada strategi Majlis untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini dan pada masa yang sama  untuk memperkenalkan Daerah Lundu sebagai salah satu pusat pelancongan. Bunga Rafflesia dipilih kerana keunikannya yang tersendiri dan untuk memperkenalkan tempat di mana tumbuhan ini mula mula dijumpai iaitu di Gunung Gading dan yang menjadi kebanggaan masyarakat Daerah Lundu