Kemaskini Pada: 21 Apr 2018
Versi 8.0.4b
 
Perjalanan ke LunduPerjalanan ke Lundu

PERJALANAN KE LUNDU

Ada dua cara untuk sampai ke Lundu: sama ada anda melalui jalan penghubung Kota Sentosa ke Jalan Bau, atau boleh memilih jalan persisir Sempadi melalui Matang. Jalan mana pun yang anda pilih, pastikan anda mempunyai peta jalan atau petunjuk GPS supaya anda tidak sesat. Sudah tentu info seperti di atas tidak boleh digunapakai sekiranya anda  merancang untuk datang ke Lundu dengan menggunakan bas, teksi atau agensi pelancongan.

1. DENGAN BAS

 

Kuching Sentral adalah hub pengangkutan di Sarawak yang memberi perkhidmatan pergi dan balik perjalanan jauh untuk bas-bas ekspres, bas-bas  kawasan dan bas ekspres ke luar sempadan.


Bagaimana hendak ke Kuching Sentral.

a) Dari bandaraya Kuching

Dengan menggunakan bas 3A yang kekerapan sekitar 20 minit pada siang hari. Kadar tambang adalah sekitar RM2.


b) Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Perjalanan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan menggunakan teksi. Tidak digalakkan untuk berjalan memandangkan jalan tersebut agak sibuk dan tiada tempat untuk berteduh dan laluan pejalan kaki.

 

2. DENGAN KENDERAAN SENDIRI

a. Mengguna laluan Sempadi

Dari Bandar Kuching, guna Jalan Satok menuju ke Jambatan Satok. Panu hingga anda tiba di bulatan dan ambil laluan jam 12 untuk menuju ke Matang. Ikut jalan lurus sehingga tiba ke bulatan seterusnya dan ambil simpang ke 3 yang berhampiran Pasaraya Emart dn pandu terus. Anda akan melihat Pasaraya Court Mammoth, belok kanan; sekiranya anda terlepas laluan masuk tersebut anda boleh menggunakan satu lagi laluan masuk iaitu dari laluan masuk SMK Matang Hilir. Kedua jalan ini kana  membawa anda ke jalan FAC. Belok kiri.

 

Gambar perkhidmatan feri Rambungan


Jalan terus sehingga anda melihat ada tanda nama ke Rambungan di sebelah kiri anda.Ini adalah jalan permulaan ke kawasan pesisir Sempadi. Anda akan menyeberangi sungai dengan menggunakan perkhidmatan feri dengan kadar RM1 sebuah kereta.

Melepasi feri, jalan terus sehingga anda melepasi kawasan ladang sawit dimana anda anda tiba di simpang T. Papan tanda menunjukkan ke Bau/Kuching di sebelah kiri dan Lundu/Sematan di sebelah kanan. Ikut kanan dan jalan terus. Melepasi jambatan anda akan melihat jalan kecil menuju ke Kampung Stunggang Melayu Lama. Ini merupakan jalan rentas untuk ke Pekan Lundu.

 

Sekiranya anda hendak ke Sematan, jalan terus dari jambatan Lundu tersebut sehingga anda sampai ke simpang tiga nebunjukkan pihan sama ada anda hendak ke Sematan di sebelah kiri atau hendak ke Lundu di sebelah kanan.


b. Mengguna Laluan Batu Kawa

Sekiranya anda hendak melalui jalan Batu Kawa, dari bandaraya Kuching guna jalan baharu ke Bau melalui jambatan Batu Kawa. Jalan terus sehingga anda sampai ke simpang tiga yang menunjukkan papan tanda ke Lundu di sebelah kanan dan Bau di sebelah kiri. Belok kiri dan jalan terus. Ikut papan tanda jalan yang disediakan untuk sampai ke Lundu.


Selamat memandu.