Latar Belakang
 
Kawasan Daerah Lundu

Terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Meliputi kawasan seluas 1962.2 km persegi. Pusat pentadbiran Daerah Lundu bertempat di Pekan Lundu manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil.

Penduduk

Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Bancian 1995 - 1997 ialah seramai 30,390 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh.

Sejarah Majlis

Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953 yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu (Lundu District Authority). Pada awal 1957, pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu dibentuk semula dan dikenali sebagai Majlis Daerah Lundu sehinggalah perstrukturan semula (Restructuring of Local Councils) pada tahun 1981 sampailah ke hari ini yang mengenalikan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Daerah Lundu.

Fungsi Majlis

Fungsi dan Bidang kuasa Majlis Daerah Lundu tertakluk Kepada Akta-Akta:
1. Local Authority Ordinance, 1996.
2. Local Authority Financial Regulations, 197.

Hasil Majlis Daerah Lundu:
* Penerimaan daripada kerajaan
* Cukai Taksiran
* Caruman Bantu Kadar
* Perlesenan
* Bayaran Khidmat
* Sewaan
* Faedah Perolehan daripada Pelaburan

Logo Majlis

Menurut bekas Setiausaha Majlis inin, Kr. Jonathan Saban, Logo Majlis pada asalnya ialah sepasang burung merpati yang duduk di atas dahan dengan seekor menoleh ke kiri dan seekor lagi menoleh ke sebelah kanan. Dua ekor Burung Merpati dipilih untuk melambangkan kesejahteraan dan perpaduan (Peace and Unity).

Majlis Daerah Lundu dalam Mesyuarat Majlis Penuh baru-baru ini teleh bersetuju dan bercadang untuk menukar Logo Majlis yang ada sekarang kepada Bunga Rafflesia, iaitu sebagai salah satu daripada strategi Majlis untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini dan pada masa yang sama untuk memperkenalkan Daerah Lundu sebagai salah satu pusat pelancongan. Bunga Rafflesia dipilih kerana keunikannya yang tersendiri dan untuk memperkenalkan tempat di mana tumbuhan ini mula-mula dijumpai iaitu di Guning Gading, Lundu dan yang menjadi kebanggaan masyarakat daerah Lundu.

Kemudahan Yang Ditawarkan

i) Pembinaan dan Penyenggaraan Kemudahan Awam
- Jalan Raya (Bandar/Luar Bandar)
- Kawalan Bangunan
- Perparitan
- Ruang Letak Kereta
- Pungutan dan Pembuangan Sampah Sarap
- Pusat Rekreasi

ii) Kemudahan Kesihatan
- Pelupusan Sisa Pepejal
- Kawalan Vektor dan makluk perosak
- Kawalan Mutu Makanan

iii) Kemudahan Sosial/Rekreasi
- Padang Permainan
- Dewan dan Kompleks Mini Sukan
- Taman Bunga
- Penguatkuasaan undang-undang kecil Majlis
- Pinjaman Bunga Pasu
- Pinjaman bahan bacaan (Perpustakaan)
- Perpustakaan Desa

iv) Kemudahan Sosial Ekonomi
- Pembinaan Tapak Penjaja
- Dewan/Balai Orang ramai
- Kaunter Bayaran Lesen Perniagaan, senjata Api dan Basikal
- Kaunter Bayaran Cukai Pintu
- Tandas Awam
- Pasar Tamu
- Pasar Ikan dan Daging

Aktiviti Ekonomi Dan Pertanian

Hampir 80% daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sector pertanian, kebanyakan daripada mereka terdiri daripaa penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Dan kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, FELDA, SALCRA, Persatuan Peladang, SEDC, PELITA, FELCRA dan lain-lain.

Selain daripada itu, aktiviti pembalakan, pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau, Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu daripada sumber ekonomi penduduk di sini.

Jarak Pusat Bandar Lundu daripada tempat-tempat berikut:

* Dari Bandaraya Kuching - 100 km
* Dari Bandar Bau - 70 km
* Dari Pekan Sematan - 28 km
* Dari Pekan Biawak - 26 km
* Dari Pantai Pandan - 10 km