Kemudahan

Kemudahan-Kemudahan dan Tempat-Tempat Menarik

1.0 Kemudahan Asas
- Hospital, Pusat Kesihatan, Klinik Swasta dan Klinik Desa
- Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Pejabat Daerah dan Daerah Kecil
- Pejabat Pos dan Telekom
- Pejabat Kastam dan Imegresen
- Balai Polis dan Kem Tentera
- Perbandanan Pembekalan Lektrik Sarawak, Lundu
- Dewan Serbaguna dan Balai Raya
- Perpustakaan Umum dan Desa
- Kem Bina Semangat, Pueh
- Bank Utama (M) Berhad
- Padang Permainan dan Rekreasi


2.0 Tempat Makan dan Menjamu Selera

- Pusat Penjaja Gading



3.0 Penginapan

- Rumah Rehat Majlis Lundu dan Sematan


4.0 Pengangkutan Awam
* Bas Ekspres - Stesen Bas Lundu dan Sematan
* Bas - Stesen Bas Lundu
* Teksi - Stesen Teksi Lundu


5.0 Tempat-tempat Menarik / Jenis Pengangkutan
* Pulau Talang - Talang (Besar dan Kecil) - Bot
* Pulau Sampadi - Bot
* Telok Melano - Bot
* Falkland, Kuala Sekambal - Bot
* Pantai Siar - Bas/Kereta
* Pantai Pandan - Bas/Kereta
* Pantai Sematan - Bas/Kereta
* Kolam Air Panas, Sebako - Kereta
* Air Terjun, Sebat - Kereta
* Taman Negara Gunung Gading - Bas/Kereta
* Taman Negara Tanjung Dato - Bot
* Taman Perlindungan Kehidupan Liar,
Samusan Sematan - Bot


6.0 Tempat-tempat Menarik dan Kemudahan yang disediakan

Lundu

a. Taman Negara Gading

Terletak di pinggiran kaki Gunung Gading. Masih kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi yang unik, hutan tropika yang luas dan tidak terusik. Bagi para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh menjejaki denai untuk sampai ke puncak gunung. Bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka akan menjumpai bunga Rafflesia semasa perjalanan mereka ke puncak gunung. Di bahagian lurah-lurah gunung, pengunjung dapat melihat aliran air dari gunung yang mengalir laju yang sejuk lagi menyegarkan, dan sesekali melimpah pada cerun tinggi bagaikan air terjun. Manakala di bahagian hilirnya pula dibina takungan kecil untuk dijadikan tempat bermandi. Gazebo dan Barbeque pic disediakan bagi pengunjung yang bercadang untuk berkelah. Dan bagi pengunjung yang merancang hendak bermalam, rumah tumpangan (Hostel dan Chalet) ada disediakan.

b. Pantai Pandan
Pantai Pandan merupakan tempat tumpuan para pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan cuti persekolahan. Pantainya yang landai dan bersih membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada waktu petang. Bagi para pengunjung yang ingin bermalam sambil menikmati kedinginan bayu malam, melihat terbit dan terbenamnya sang matahari, mereka boleh menginap di chalet-chalet, rumah tumpangan atau banglo. Makanan, minuman serta keperluan lain boleh didapati dari kantin yang berdekatan. Di musim-musim tertentu pula, para pengunjung berkesempatan menyaksikan gelagat para nelayan menangkap bubuk dan ikan pusu (bilis) yang jarang-jarang dapat dilihat di tempat lain di negeri Sarawak. Pantai Pandan juga terkenal dengan kepakaran penduduknya membuat belacan dan cencaluk.



c. Feri merupakan penghubung utama ke Pusat Bandar Lundu.

7.0 Papan Tanda Nombor Panggilan Kecemasan Bagi Kawasan Daerah Lundu

Daerah Kecil Sematan

a. Pantai Sematan
Pantai Sematan merupakan antara tempat peraginan yang termasyur di negeri Sarawak, menyebabkan ianya tidak pernah sunyi daripada dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun dari luar negeri.

Pesta Pantai yang diadakan setiap kali menjelang bulan Mei di pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang seolah-olah satu keraian yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung setia dan penduduk tempatan untuk berkumpul dan berpesta. Malahan tidak kurang juga yang dating hanya sekadar untuk bersantai-santai di tepi pantai. Berkunjung ke pantai Sematan pasti tidak akan mengecewakan, kerana sudah tentu ada sahaja ole-ole dan kenangan manis untuk dibawa pulang.


AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA

-Setiausaha memberi taklimat peranan dan tanggungjawab kepada YB Dr. Tiki Lafe, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

-Pemeriksaan premis hiburan bersama polis anggota daerah.

-Pemeriksaan premis makanan dan gerai bersama Menteri Muda Kesihatan Awam YB. Dr. Soon Choon Teck.

-Penyampaian hadiah pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Tabika oleh Pengerusi, en. Arfan bin hj. Ahmad.

-Aktiviti Keagamaan.

-Peserta Kursus Pengendali Makanan.

-Majlis Penyerahan Tong Sampah kepada penduduk Kpg. Seling oleh YB Ranum ak. Mina.